Pelakon, Siti Elizad akui beliau kini reda dan tidak mahu terlalu memikirkan soal zuriat, selepas dua kali gagal dalam rawatan kesuburan in-vitro fertilisation (IVF).
Menurut Elizad, 39, beliau kini mahu terlebih dahulu menjaga kesihatan mentalnya, memandangkan usianya kini juga sudah mencecah 40 tahun.
“Saya tak mahu terlalu fikir soal untuk mendapatkan anak kerana tak mahu dapat ‘anxiety’ pula nanti.
“Saya juga sudah reda kerana usia pun nak masuk 40-an,” katanya.
Tambah Elizad, doktor ada menawarkan kepadanya untuk menjalani IVF buat kali ketiga, namun dia tidak bercadang untuk melakukan rawatan berkenaan buat masa ini kerana mahu kembali berlakon.
Katanya lagi, beliau dan suami belum terfikir untuk mengambil anak angkat kerana suaminya sudah mempunyai zuriat menerusi perkahwinan terdahulu.
“Saya dan suami serahkan soal anak kepada aturan Allah SWT. Kalau ada rezeki nanti adalah.
“Setakat ini, tiada perancangan untuk mengambil anak angkat kerana suami juga sudah ada anak dari perkahwinan terdahulu.
“Saya juga berasal dari keluarga yang besar dan memiliki anak saudara yang ramai,” katanya lagi.
Untuk info, Elizad pernah menjalani rawatan IVF pada Februari 2020, namun mengalami keguguran pada November tahun yang sama. Kemudian, beliau menjalani satu lagi rawatan IVF pada Mac lalu, namun gagal.
Sumber: Pa&Ma