Dikait Dengan Masalah Mental, Siti Bengang Kulit Album Terbaharu Dihina

Penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza berang selepas kulit album terbaharunya berjudul Sitism telah dipersendakan oleh dua individu di Instagram.

dikait dengan masalah mental, siti bengang kulit album terbaharu dihina

Menerusi tangkap layar di Instagram Story, beliau mendedahkan dua akaun terbabit dan turut ‘tag’ IG rasmi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk membuat siasatan dan memberi pengajaran kepada pemilik dua akaun berkenaan.

 

"Cantiknya bahasa puan ini @kakwanlebor @bonda_putehkundor

"Kita bagi @skmm_mcmc check kejap," tulis Siti.

dikait dengan masalah mental, siti bengang kulit album terbaharu dihina

Menerusi tangkap layar itu, dua individu terbabit dilihat memperlekeh konsep futuristik yang dibawa oleh Siti dan menyifatkannya sebagai tidak sesuai dengan kedudukan Siti sebagai penyanyi tersohor.

 

Malah, individu itu turut mengatakan Siti seperti mempunyai masalah mental apabila mengenakan ‘headgear’ sebegitu.

 

Sumber: Instagram