Penyanyi dangdut, Siti Badriah mengaku sudah menghantar anaknya yang berusia satu tahun ke sekolah.
Ujar beliau, tujuan menghantar anaknya, Xarena Zenata Denallie Baharudin ke sekolah bukanlah untuk belajar secara formal, sebaliknya adalah untuk melatih bayinya itu untuk berinteraksi dengan teman sebaya.
Menurut penyanyi lagu ‘Aku Syantik’ itu, anaknya juga bersemangat dan gembira ketika berada di sekolah.
“Dia gembira belajar di sekolah, ramai kawan-kawan. Sekarang sudah pandai joget kalau kita minta dia joget,” ujarnya.
Meskipun beliau menghantar anaknya ke sekolah, beliau masih menjalankan tangungjawab sebagai ibu dalam mendidik anaknya itu.
Terdahulu, hasil perkongsian hidup Siti Badriah bersama pasangannya, Krisjiana Baharudin, pasangan ini dikurniakan cahaya mata pertama, Xarena pada 18 Mac 2022.
Sumber: Kosmo!