Penyanyi, Sissy Iman mendedahkan hatinya kini sudah dimiliki seseorang, namun jejaka itu bukanlah dalam kalangan selebriti.
Pemilik nama sebenar Sissy Imann binti Mohammad Kamil, 28, bagaimanapun enggan mendedahkan lebih lanjut identiti jejaka yang dikatakan teman sebayanya yang sudah lama dikenali.
“Cukuplah saya katakan kami sebaya dan dia pula jauh daripada dunia hiburan, bukan dalam bidang sama, tetapi memahami.
“Keluarga pun tahu hubungan kami dan bagi lampu hijau. Setakat ini sahaja boleh saya katakan. Nak cakap lebih tak manis pula sebab semuanya masih di peringkat awal.
“Untuk ke fasa serius kami belum sampai ke situ,” katanya.
Ditanya soal berumah tangga, Sissy berkata beliau belum ada perancangan ke arah itu lagi.
"Kalau boleh saya nak kahwin hari ini dan niat ke arah itu memang ada cuma buat masa ini, saya perlukan masa lagi.
"Insya-Allah, jika semuanya berjalan lancar, saya akan kongsikan dengan semua orang. Doa-doakanlah hubungan ini berjaya hingga ke fasa perkahwinan," katanya lagi.
Sumber: Kosmo, HMetro