MySejahtera Tawar Fungsi Baru Sijil Vaksin Dalam Format PDF

Aplikasi MySejahtera kini menawarkan fungsi baharu dengan membenarkan orang ramai mencetak sijil digital vaksinasi menggunakan format PDF.

mysejahtera tawar fungsi baru sijil vaksin dalam format pdf

Perkara itu dikongsikan Menteri Kesihatan, YB Khairy Jamaluddin dengan memaklumkan fungsi aplikasi itu turut ditambah baik dengan menawarkan tarikh lahir individu.

 

“Kemaskini terbaru di MySejahtera menunjukkan tarikh lahir dan membolehkan rakyat dan pelancong antarabangsa mencetak sijil menerusi format PDF,” kata beliau.

 

Beliau membalas hantaran seorang pengguna Twitter yang menjelaskan sijil digital boleh disimpan menerusi format berkenaan.

“Akhirnya MySejahtera boleh ‘export’ sijil digital dalam PDF, senang sikit urusan rentas negeri dan negara nanti,” katanya.

 

 

Orang ramai turut menyambut baik dengan kemaskini tersebut dan berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kerana ia sangat memudahkan orang ramai.

 

Ciri terbaru itu bagaimanapun masih belum dapat diakses segelintir pengguna khususnya mereka yang menggunakan telefon bimbit dengan sistem operasi android.

 

Sumber: [1]