Siapa Agaknya C-X Dalam Program Ceria Pop Star Xtra?

Saluran nombor 1 kanak-kanak di Malaysia, Astro Ceria kini kembali menghiasi hari minggu anda dengan sebuah program televisyen realiti bakat nyanyian, Ceria Popstar Xtra.

siapa agaknya c-x dalam program ceria pop star xtra?

Bakal bersiaran setiap Rabu mulai 29 Jun 2022, jam 9 malam di Astro Ceria (611), serta menerusi On Demand di Astro Box dan aplikasi Astro GO, kemunculan program ini bakal menampilkan elemen baharu dan berbeza dengan format asal rancangan ini.

.

Ceria Popstar Xtra akan menampilkan bakat-bakat cilik tanah air yang mengujakan penonton dengan kebolehan nyanyian dan kreativiti persembahan mereka, ia juga  menjadi titik permulaan untuk mencungkil bakat bagi pelapis dalam industri seni negara di masa akan datang.

.

Seramai 10 peserta telah dipilih menerusi ujibakat tertutup yang diadakan di Hotel Tenera, Bangi pada 26 Mac 2022 yang lalu. Kesemua peserta akan menjalani latihan bersama barisan selebriti berpengalaman dari segi vokal, tarian dan juga reka bentuk set mereka.

siapa agaknya c-x dalam program ceria pop star xtra?

Apa yang menarik dengan program Ceria Pop Star Xtra kali ini adalah kemunculan karakter misteri yang dikenali sebagai C-X sebagai juri misteri. Hanya suara yang akan didengar bersama papan animasi di skrin dan identiti C-X hanya akan didedahkan pada minggu ke-7 program ini bersiaran.

.

Bakal bersiaran selama lapan minggu oleh pengacara versatil Malaysia, Nabil Ahmad dan Ely Mazlein, Ceria Popstar Xtra akan menampilkan beberapa tema berbeza setiap minggu seperti konsert solo mengikut kisah masing-masing, persaingan duet serta medley lagu artis lokal dan antarabangsa. Perserta akan disingkirkan bergantung kepada ‘nyawa’ mereka, sama seperti konsep gaming sebenar.

siapa agaknya c-x dalam program ceria pop star xtra?

Juri tetap termasuk Johan dan Mas Idayu bersama barisan Xvengers akan mengadili persembahan setiap perserta. Siapakan Xvengers? Itu kita perlu nantikan ketika program bersiaran kelak.

.

Peserta dengan markah tertinggi pada penghujung rancangan ini akan dinobatkan sebagai ‘Juara Ceria Popstar Xtra’ dan membawa pulang hadiah berbentuk wang ringgit. Juara musim ini akan membawa pulang RM20,000.00 manakala naib juara akan membawa pulang RM10,000.00. Tempat ketiga pula akan membawa pulang wang berbentuk RM5,000.00. Peserta yang mengumpul bintang paling banyak akan memenangi ‘Star Award’ yang membawa pulang hadiah sebanyak RM3,000.00.