Bawa Watak Kaki Perempuan, Shukri Yahaya Tak Terfikir Nak Curang Dengan Isteri

Pelakon, Shukri Yahaya berkata, walau sudah lebih sedekad dalam industri seni dan bergandungan dengan ramai aktres jelita, beliau sama sekali tidak pernah terlintas untuk berlaku curang dibelakang isteri tercinta.

bawa watak kaki perempuan, shukri yahaya tak terfikir nak curang dengan isteri

Menurut pemilik nama sebenar Mohd Shukri Yahaya, 37, beliau turut bersyukur kerana dapat mengelakkan diri daripada penyondol yang boleh menggangu keharmonian rumah tangganya daripada netizen sendiri.

 

“Sebenarnya bagus apabila netizen cuba mempertahankan saya kerana secara tidak langsung mengingatkan saya serta orang ketiga agar tidak kacau hubungan harmoni saya dan isteri.

“Saya dah berlakon hampir 12 tahun, tapi saya tidak pernah terlintas untuk curang dengan isteri saya meskipun banyak bawak watak lelaki kaki perempuan.

“Jujurnya, sebaik habis berlakon saya tinggalkan karakter itu di set penggambaran dan tidak bawa pulang ke rumah, bahkan saya tidak memanjangkan hal kerja dalam telefon atau bermesej dengan heroin,” katanya.

 

Tambah beliau yang membawa watak utama dalam drama bersiri Layang-Layang Perkahwinan, ada sebab mengapa pengarah gemar memilihnya untuk membawa watak sebagai lelaki curang.

bawa watak kaki perempuan, shukri yahaya tak terfikir nak curang dengan isteri

“Saya sendiri pun tidak tahu mengapa diberikan watak sebegitu, mungkin orang (sutradara) lebih percaya saya bawa karakter sebegitu berbanding pelakon lain.

“Saya terima sahaja apa yang saya rasa boleh bawa dan secara tidak langsung itu adalah rezeki, selagi saya boleh buat, saya buat semuanya tetapi tetap juga memilih watak yang sesuai.

“Saya bukan pelakon metode, hanya aplikasikan teknik kepada lakonan supaya nampak lebih natural dan tidak berlebihan,” katanya lagi.

 

Untuk info, Shukri Yahaya telah berkahwin bersama pilihan hatinya, Tya Adnan pada 20 Nov 2015 dan kini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata.

 

Sumber: Kosmo!