“Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku,” Shuhada Kesal Lepas Ditumbuk Hafidz

Semalam media sosial digemparkan dengan insiden yang mana pelakon, Hafidz Roshdi dikatakan menumbuk isterinya, Nurul Shuhada hingga mengalami kecederaan pada bahagian muka.

 

Kejadian yang disahkan oleh seorang ahli keluarga Shuhada yang namanya enggan didedahkan, dilapor berlaku dalam kereta berdekatan kawasan rehat dan rawat di sekitar Sungai Buloh.

“terima kasih untuk cacat kekal di muka aku,” shuhada kesal lepas ditumbuk hafidz

Ekoran daripada insiden itu, Shuhada menerima rawatan di sebuah hospital dan akan memberi kerjasama penuh selepas selesai semua rawatan. Pihak polis juga dilaporkan telah menerima laporan mengenai kes ini.

 

Beberapa jam kemudian, Shuhada memuatnaik satu hantaran di IG Story, meluahkan rasa kesal dengan apa yang berlaku ini.

“terima kasih untuk cacat kekal di muka aku,” shuhada kesal lepas ditumbuk hafidz

Hafidz dalam pada lain dilihat tenang berkongsi video sedang bermain bersama anak-anaknya.

 

@hafidzroshdi Tanggungjawap dekat anak2 tetap No Syahtttuu @innate.officialhq #AbahMithali #DudaAnak2 #fyp #tiktokmalaysia #persatuandudaseanterodunia #kitabeliberas #KiddoJello #KidsSupplement #TambahSeleraAnak ♬ original sound - NAUFAL ISA (نوفل) 🇲🇾

 

Terdahulu, Shuhada telah memfailkan perceraian di Mahkamah Syariah Shah Alam pada Isnin lalu.

 

Kemuncak kemelut rumah tangga mereka terjadi apabila Hafidz dikatakan telah melafazkan talak satu terhadap Shuhada menerusi panggilan telefon disaksikan oleh ahli keluarga.

 

Sumber: IG Shuhada