Pernah Diceraikan Tanpa Satu Sen Pun Dalam Akaun Bank, Shuhada Kini Miliki Kereta Sendiri

Bekas isteri kepada pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri meluahkan rasa syukur kerana kini mampu memiliki kereta pertama hasil titik peluh sendiri.

pernah diceraikan tanpa satu sen pun dalam akaun bank, shuhada kini miliki kereta sendiri

Menurut beliau yang mesra dengan panggilan Shu, mungkin ramai yang anggap kejayaan itu suatu perkara biasa namun tidak bagi dirinya.

 

“Achievement unlocks, my first car. Alhamdulillah, satu impian saya tercapai pada tahun 2023. Shu cabar diri Shu untuk maju tahun lepas.

“Saya berjaya walaupun pada mulanya agak sukar. Keluarga saya, anak-anak, team saya banyak beri sokongan kepada saya untuk maju ke depan,” tulisnya dalam satu video pendek di Instagram.

pernah diceraikan tanpa satu sen pun dalam akaun bank, shuhada kini miliki kereta sendiri

Dalam hantaran itu, Shu berkata beliau pernah berdepan situasi tidak mempunyai sebarang simpanan dalam akaun, selepas diceraikan pada 27 Julai tahun lalu.

 

“Shu cabar diri untuk jadi insan berbeza dan lebih baik pada tahun 2023.

“Walaupun sebagai ibu tunggal. Diceraikan tanpa ada satu sen pun dalam akaun bank saya.

“Kita boleh jadi apa sahaja yang kita mahu selagi tidak berputus asa,” kongsi Shu.

 

 

Terdahulu, Shuhada dan Hafidz pernah mendirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, iaitu Humairah, 7, dan Umar, 4.

 

Bagaimanapun pasangan ini berpisah pada 27 Julai tahun lalu selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat pada 22 Februari lalu adalah sah.

 

Hafidz kemudian kembali bergelar suami kepada cinta pertamanya, Athira Yuhada pada 15 Disember 2023.

 

Sumber: Instagram