Shila Amzah Nasihat Netizen Jangan Jadi Toksik, Tanya Soalan Sensitif Cetus Kemarahan [Video]

Penyanyi, Shila Amzah menasihatkan orang ramai khususnya netizen agar tidak mudah memberi komen atau pertanyaan yang boleh mengundang reaksi negatif daripada golongan selebriti.

shila amzah nasihat netizen jangan jadi toksik, tanya soalan sensitif cetus kemarahan [video]

Ujar beliau, setiap individu tidak seharusnya melemparkan soalan sensitif, khasnya ketika memasuki mana-mana siaran lansung yang dibuat selebriti.

 

“Anda yang sertai mana-mana siarang langsung, janganlah beri soalan-soalan yang boleh mencetuskan kemarahan atau sebarang respons negatif.

“Kita pun perlu menjaga mulut,” katanya.

 

@aseancelebrities Shila Amzah || Bila Netizen Tanya Tentang Zahirah Macwilson & Fatiya Latiff #ShilaAmzah ♬ original sound - Selebriti Malaysia

 

Dalam pada itu, selebriti berusia 34 tahun itu turut menasihatkan orang ramai agar tidak menjadi toksik yang boleh membangkitkan kemarahan ramai.

 

“Kalau tahu seseorang itu sedang struggle (berjuang), janganlah ‘cucuk’ lagi. Kalau dicucuk, memanglah jadi begitu.

“Kita jangan jadi netizen yang toksik sebegitu,” ujarnya dalam video tersebut.

 

Beliau berkata sedemikian ketika diminta untuk mengulas lanjut mengenai isu yang hangat diperkatakan ketika ini melibatkan pelakon, Fatiya Latiff.

 

Sumber: Kosmo! / Tiktok Selebriti Malaysia