Lengan Baju Terselak Masa Nyanyi Live, Ini Respon Shila Amzah

Persembahan Shila Amzah pada konsert suku akhir Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) baru-baru ini telah mendapat perhatian warganet.

 

Mana tidaknya, ketika sedang membuat persembahan di pentas GV9, secara tidak sengaja lengan baju Shila Amzah telah tersingkap sehingga menampakkan auratnya.

lengan baju terselak masa nyanyi live, ini respon shila amzah

Penyanyi berusia 32 tahun ini tampil memberi penjelasan sambil berkata beliau tidak menyangka sarung tangan panjang yang dipakainya ketika itu boleh melorot sehingga menampakkan lengannya.

 

Beliau bagaimanapun akur dan mengakui kesilapan yang tidak disengajakan ini sambil berjanji akan lebih peka terhadap pakaian yang dikenakan ketika membuat sebarang persembahan.

 

“Saya akui tidak perasan sarung tangan panjang yang digayakan melorot sehingga menampakkan bahagian lengan.

“Material sarung tangan itu kulit, jadi sepatutnya melekat dengan baik. Tapi tak sangka jadi sebaliknya.

“Kalau ikutkan saya pakai baju lain. Baju yang saya pakai ini ditukar pada saat akhir kerana lebih sesuai dengan konsep persembahan.

“Sepatutnya saya kena pin bahagian antara lengan baju dengan sarung tangan. Tapi perkara dah nak jadi. Masalah teknikal melibatkan ‘wardrobe’ adalah suatu perkara yang kita sendiri kadang-kadang tidak sangka,” ujarnya.

lengan baju terselak masa nyanyi live, ini respon shila amzah

Tambah Shila lagi, pada malam itu beliau perlu bergerak lincah dan agresif, sesuai dengan lagu dibawakan.

 

“Selepas ini saya akan lebih peka dan berhati-hati. Terima kasih dengan teguran-teguran membina,” jelasnya lagi.

 

Sumber: Kosmo!