Shila Amzah dan Suami Enggan Rasa Tertekan Fikir Soal Zuriat

Penyanyi, Shila Amzah baru-baru ini ada menerima pertanyaan daripada netizen berhubung soal zuriat.

shila amzah dan suami enggan rasa tertekan fikir soal zuriat

Menerusi Instastory, netizen itu ingin mengetahui cara atau ikhtiar yang dilakukan Shila sekiranya mereka dalam perancangan untuk mendapatkan cahaya mata.

 

“Nak tanya, kalau Sha rancang nak ada baby, perlu ke berurut peranakkan atau strict in diet? Doakan saya dapat baby,” tanya netizen itu.

 

Isteri kepada influencer media sosial, Ubai, ini kemudian menjawab pertanyaan tersebut dengan memberitahu bahawa berurut adalah antara ikhtiar namun enggan menjadikan soal zuriat sebagai satu tekanan dalam kehidupan suami isteri.

 

“Urut semua tu kan ikhtiar, Insya-Allah ada rezeki, ada lah.

“Ubai dan Sha tak nak stress kan diri bab anak ni. Kita berdua kena live happily, sihat mental, fizikal dan kewangan.

“Semoga awak cepat dapat baby,” jawab Shila.

shila amzah dan suami enggan rasa tertekan fikir soal zuriat

Terdahulu, Shila dan Ubai selamat mendirikan rumahtangga pada 4 Ogos lalu dalam satu majlis pernikahan yang berlangsung di Boathouse Ampang, Kuala Lumpur.

 

Sumber: Instagram Shila Amzah