Baru-baru ini, senarai 13 peserta program Gegar Vaganza (GV) musim ke-9 telahpun diumumkan.
Peserta-peserta GV untuk musim kali ini adalah Shila Amzah, Jaclyn Victor, Dina Nadzir, Tomok, Asheed, Bob Yusof, Fuad Rahman, Hazrul Nizam, Roy Kapilla, Haida Hasnan, Pat Candy, Tom serta VE.
Bagaimanapun penglibatan Shila Amzah dalam program berkenaan telah dipertikaikan ramai pihak, memandangkan usianya masih muda jika dibandingkan dengan barisan peserta lain.
Namun ujar pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Hamzah, 32, tempoh 22 tahun bergelar anak seni cukup membuatkan dirinya layak untuk beraksi di pentas GV.
“Pada akhirnya, GV9 merupakan platform untuk saya tunjukkan apa yang saya ada. Kalau nak diikutkan, takkan saya nak masuk Big Stage pula, Gegar Vaganza adalah platform saya memandangkan saya sudah 22 tahun bergelar penyanyi,” ujarnya.
Tambah Shila lagi, meskipun sudah terbiasa menyertai pelbagai pertandingan nyanyian sebelum ini, perasaan gemuruh dan bimbang persembahannya tidak mencapai tahap dimahukan tetap ada dalam diri.
Sumber: Mstar