Shila Amzah dan Kekasih Nafi Dakwaan Tinggal Serumah

Penyanyi, Shila Amzah adalah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri seni negara.

shila amzah dan kekasih nafi dakwaan tinggal serumah

Tanpa berselindung, penyanyi berusia 33 tahun itu mengakui sedang menjalin hubungan percintaan bersama pempengaruh media sosial yang dikenali sebagai Ubai.

 

Ubai, atau nama sebenarnya Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli, dilihat juga sering tampil dalam video siaran langsung bersama kekasihnya, hingga menimbulkan spekulasi dalam kalangan peminat kononnya mereka tinggal serumah dan bersekedudukan.

shila amzah dan kekasih nafi dakwaan tinggal serumah

Ubai bagaimanapun menafikan tuduhan itu meskipun mengakui pernah beberapa kali datang ke rumah Shila untuk berbuka puasa dan moreh, namun beliau bukannya datang seorang diri.

 

“Sha (panggilan Shila Amzah) memang duduk seorang diri. Kadang-kadang saya ajak kawan-kawan tempat kerja untuk berbuka puasa atau moreh di rumahnya.

“Boleh dikatakan setiap kali ‘live’ dalam TikTok, pasti ada yang bertanya sama ada kami tinggal serumah atau tidak. Kami pun sudah lali apabila kerap ditanya dengan soalan yang sama.

“Nak cakap duduk serumah itu jauh sekali. Apatah lagi ibu saya sekarang pun kurang sihat. Jadi fokus untuk ibu saya lebih utama,” katanya.

 

Tambah Ubai, kekasihnya itu amat profesional dalam menangani isu sebegitu kerana sudah lama berada dalam industri, berbanding dirinya yang masih baharu.

shila amzah dan kekasih nafi dakwaan tinggal serumah

“Bila Sha buat live, mesti orang akan tanya mana Ubai? Bila kami buat live bersama, orang tanya pula kami duduk serumah ke?

“Sha sangat profesional kerana dia sudah lama berada dalam industri untuk berdepan isu sebegini. Cuma saya masih lagi baharu,” kata Ubai.

 

Minggu lalu, kisah cinta Shila dan Ubai semakin menjadi perhatian selepas Ubai dikatakan membeli sebentuk cincin buat Shila. Difahamkan, cincin itu adalah sebagai tanda kepada hubungan mereka yang terjalin sejak awal tahun ini.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Shila Amzah (@shahilaamzah)

 

Sumber: Hlive / Kosmo!