Penyanyi, Shila Amzah seakan memberi bayangan hubungan cintanya bersama pempengaruh, Ubai seperti sudah berakhir.
Menerusi hantaran dibuat Shila di akaun Instagramnya, Shila mengucapkan terima kasih atas segalanya selama lima bulan mereka menjalinkan hubungan.
“Terima kasih untuk lima bulan yang indah. Awak telah menjadi rakan yang hebat kepada saya, terima kasih kerana menunjukkan kasih sayang kepada Seth.
“Saya hanya doakan yang terbaik untuk awak, saya doakan awak dimurahkan rezeki dan semoga awak dapat segala apa yang awak hajati @ubaimz.
“Terima kasih untuk segalanya. Saya akan ingat memori ni sampai bila-bila,” kongsi Shila.
Shila bagaimanapun telah menutup ruangan komen untuk hantaran tersebut di Instagram.
Terdahulu, pasangan ini mengaku sedang bercinta pada awal Februari lalu selepas terjatuh hati apabila terlibat dalam insiden skuter. Malah, Ubai juga dikatakan telah membeli cincin sebagai tanda simbolik hubungan mereka, malah Ubai juga sudah berjumpa dengan ibu teman wanitanya itu.
Sumber: Instagram