Shila Amzah Benci Gabungan Namanya dan Ubai, “Orang Kena Hormat Apa Saya Tak Suka”

Penyanyi, Shila Amzah mengakui tidak selesa dengan gabungan namanya bersama tunang, Ubai, seperti yang digunakan netizen ketika ini.

“terima kasih untuk lima bulan yang indah,” shila amzah dan ubai dah putus ke?

Menurut pemilik nama sebenar Nurshahila Amir Amzah ini beliau meluahkan rasa tidak suka dengan hasil gabungan namanya (Shila) bersama Ubai yang menjadi #ShiBai kerana bunyinya mirip dengan maksud yang tidak baik.

 

“Hashtag itu (#ShiBai) bunyinya seperti tidak elok. Kemudian orang ramai suka bergurau dengan perkataan itu. Jadi saya tidak suka,” kata Shila.

 

Shila juga menambah, beliau tidak teragak-agak akan menegur mereka yang dengan sengaja memanggilnya dengan gelaran tersebut dan orang ramai juga perlu hormat dengan keputusannya ini.

 

“Orang (netizen) kena hormat apa yang saya tidak suka. Saya juga tiada masalah untuk memberitahu apa yang saya tidak suka.

“Kalau mereka buat juga (guna #ShiBai), maknanya mereka tiada otak. Sekurang-kurangnya saya sudah beritahu bahawa saya tidak suka hashtag itu,” katanya.

 

Ujar Shila lagi, beliau lebih selesa jika netizen menggunakan nama Shila dan Ubai dan tidak menggabungkannya.

 

Terdahulu, Shila Amzah, 33, telah selamat menjadi tunang kepada Muhammad Ubaidillah Mohd Zulkefli yang juga merupakan seorang pempengaruh di media sosial.

majlis bertunang kejutkan ramai, ubai, shila amzah rancang nikah tahun ini

Sumber: Tiktok / Kosmo!