Pengacara dan pelakon, Sherry Alhadad mengakui sering berasa rendah diri dan tidak yakin apabila berhadapan dengan lelaki.
Menurut pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Al Hadad, 38, beliau merasakan dirinya tidak seperti wanita ideal yang lain dari segi kecantikkan, malah akui dirinya pemalu dan rendah diri.
“Saya seorang yang sangat berkeyakinan di atas pentas, dalam televisyen atau berjumpa dengan orang.
“Tapi bila dengan lelaki, saya jadi pemalu dan rendah diri.. rasa sangat kecil. Sebab itulah saya mash belum bertemu jodohnya lagi.
“Saya rasa saya tak cukup cantik yelah sebab kita pun dah tahu kalau wanita lawa idealnya begini, bentuk badannya begitu, saya selalu rasa tak tergolong dalam kelompok tu.
“Saya fikir saya tak berapa cantik, jadi untuk buat orang sekeliling saya ok dengan saya, saya lebihkan personaliti diri sendiri contohnya but komedi.
“Bila saya dengan lelaki, selalu rasa rendah diri sampai rasa macam tak cukup semuanya,” ujarnya.
Menurut Sherry, kali terakhir dia bercinta adalah sewaktu di zaman Aswara sebelum mengalami kekecewaan dalam percintaan.
Ditanya ciri lelaki idamannya, Sherry memberitahu lelaki itu perlu menghormati ibu bapanya, sambil tidak menafikan ramai pernah cuba mengenalinya tetapi dirinya terlalu sibuk bekerja.
“Ada lelaki yang cuba dekat dengan saya tapi saya terlalu sibuk, dan bila dah mengenali mungkin kami tak serasi.
“Sepi tu adalah, mesti kita nak cari teman hidup. Ada rakan-rakan yang cuba kenenkan, saya kenal sendiri pun ada.. mungkin masa belum tiba lagilah.
“Walaupun dengar pelbagai kisah dalam rumah tangga, tapi saya tetap nak berkahwin sebab setiap orang melalui pengalaman yang berbeza.
“Saya mahu yang hormat ibu bapa, yang bole menjaga saya.. persefahaman it pada saya penting.
“Insya-Allah, saya tak henti berdoa.. say memang ada cita-cita untuk berkahwin, ada suami, anak-anak. tapi belum sampai masanya apapun saya sentiasa bersyukur dengan apa yang Allah berikan,” katanya lagi.
Sumber: Oh Media