“Saya Tak Pakai Barang Branded Sangat Pun,” Sherry Alhadad Kata Dia Bukan Mata Duitan

Pelakon dan pengacara, Sherry Alhadad berpendapat peluang melakukan review produk di media sosial bukanlah satu keutamaan baginya, memandangkan jadual kerjayanya sudah padat.

“saya tak pakai barang branded sangat pun,” sherry alhadad kata dia bukan mata duitan

Menurut pemilik nama sebenar Shariffah Mariam Syed Abdullah Alhadad, meskipun media sosial boleh dijadikan salah satu punca pendapatan buat sesiapa sahaja masa ini, namun beliau enggan memberi tumpuan kepada tujuan itu.

 

Ujarnya, beliau bukanlah seorang selebriti yang mahu mengejar wang hingga sanggup membebankan diri melakukan kerja sebanyak mungkin dalam satu-satu masa.

 

“Entahlah, saya ini bukan seorang yang nak sangat fokus pada kerja-kerja buat reviu. Bukan tiada, tetapi tidak semua saya ambil.

“Sejujurnya saya agak selektif untuk buat reviu dan antara yang saya akan terima biasanya produk makanan. Selebihnya buat kerana nak bantu kawan-kawan.

“Bila tak perlu, saya memang tak buat apatah lagi untuk produk atau benda yang saya tak pakai. Namun yang paling penting, biasanya saya tak suka sangat nak buat sebab dalam otak saya ini sudah sarat dengan skrip lakonan dan tugas pengacaraan.

“Kadangkala, apa yang saya fikir bila sudah selesai kerja hakiki cuma nak balik tidur saja. Ada ketika, solekan tak dicuci lagi pun saya dah tertidur. Jadi bila masa nak buat reviu?” katanya.

“saya tak pakai barang branded sangat pun,” sherry alhadad kata dia bukan mata duitan

Tambah Sherry lagi, beliau bukanlah seorang individu yang tamak mahu membolot semua perkara atas tiket mahu mencari wang, memandangkan jadual kerjayanya juga begitu padat.

 

“Misal kata diberi tawaran yang tinggi pun, saya tak ambil. Saya ini bukannya mata duitan, lebih selesa hidup sederhana. Malah saya jenis tak pakai barangan berjenama sangat pun.

“Hal ini bukan cuma pada soal buat reviu atau tidak saja, dalam soal kerja lakonan atau mengacara sekali pun, kalau saya lihat ia tak sesuai dengan penampilan dan falsafah hidup saya, maka tidak akan saya buat,” katanya lagi.

 

Sumber: Utusan