Sherry Alhadad Gandingan Baharu Di JoHaRa, ‘‘Confirm Lagi Pecah Perut Ni..’’

Nampaknya pagi anda akan menjadi lebih gamat dan 'ekstra mantul' menerusi gandingan baharu segmen pagi ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ bersama Johan, Haniff, Ray dan Sherry bermula 1 Mac, setiap Isnin hingga Jumaat, jam 6 pagi hingga 10 pagi.

sherry alhadad gandingan baharu di johara, ‘‘confirm lagi pecah perut ni..’’
 
Penampilan Sherry Alhadad ini akan memeriahkan lagi suasana pagi di ERA dengan suara, telatah dan celotehnya yang menggamit hati, yang turut dilengkapkan bersama gandingan Johan, Haniff dan Ray, membincangkan pelbagai topik menarik secara santai bersama para peminat seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa.

sherry alhadad gandingan baharu di johara, ‘‘confirm lagi pecah perut ni..’’
 


Peminat boleh terus berhibur dengan pengisian menarik seperti Sketsa JoHaRaRy, Spontan ERA, Sam Leper dan banyak lagi. Nikmati juga perbincangan santai mengenai topik seperti muzik, hiburan serta gaya hidup semasa bersama ‘JoHaRaRy Pagi ERA’ di radio ERA menerusi aplikasi SYOK.

 
Jangan lupa dengarkan JoHaRaRy Pagi ERA bermula 1 Mac depan ok? Muat turun secara percuma aplikasi SYOK melalui App Store dan Play Store sekarang! http://onelink.to/syok