Dikecam Masih Tak Bertudung, Shasha Abedul Mahu Betulkan Dalaman Diri Sebelum Imej Luaran

Pelakon, Shasha Abedul, 27, akui ada menerima kecaman daripada netizen dan ahli keluarga terdekat kerana masih selesa dengan imej lama iaitu tidak bertudung meski baru pulang dari umrah.

dikecam masih tak bertudung, shasha abedul mahu betulkan dalaman diri sebelum imej luaran

Ujar pelakon ini, beliau lebih tahu tindakan yang perlu dilakukan dan tidak cepat melatah dengan kecaman yang diterima.

 

"Saya positif dan okay saja dengan apa yang diperkatakan netizen serta ahli keluarga mengenai tindakan saya masih tidak bertudung lagi. Biarkan mereka (netizen) dan tak perlu ambil hati sangat.

"Kalau netizen nak cakap macam-macam termasuk keluarga saya, itu hak masing-masing. Mereka sentiasa boleh bersuara, tapi bagi saya Allah tahu tujuan dan niat saya.

"Dia (Allah) yang mengetahui apa perlu diubah dulu. Apa yang penting, saya harus betulkan dalaman diri sebelum imej luaran," katanya.

 

 

Terdahulu, Shasha bersyukur kerana dua kali berpeluang mengerjakan umrah setakat ini, dan sempat meraikan sambutan Aidilfitri selama beberapa hari di Makkah.

 

 

"Alhamdulillah, saya dapat membuat umrah dan berhari raya sekali di sana. Ia rezeki saya dan hanya mampu bersyukur. Pengalaman dilalui sangat berharga, selain impian mengerjakan umrah dimakbulkan Allah.

"Niat saya untuk mengerjakan umrah tahun ini terdetik sejak Ramadan tahun lalu. Saya bertekad di dalam hati akan ambil cuti selama sebulan sekiranya niat dimakbulkan Allah untuk fokus kepada beribadah.

"Semuanya bermula dengan niat saja, Alhamdulillah syukur sangat kerana Allah mempermudahkan segala urusan saya untuk pergi mengerjakan ibadah umrah tahun ini," katanya.

 

Shasha dalam pada itu akui bersikap terbuka menerima teguran daripada sesiapa meski ia berbaur kecaman.

 

Sumber: HMetro