“Lantak Kaulah Bang,” Sharnaaz Pilih Henti Berbalah Dengan Azhar Sulaiman

Pelakon, Sharnaaz Ahmad memilih untuk tidak memanjangkan perdebatannya bersama pelakon senior, Azhar Sulaiman, berhubung perbezaan pendapat isu konflik Palestin-Israel.

“lantak kaulah bang,” sharnaaz pilih henti berbalah dengan azhar sulaiman

Menurut Sharnaaz, sudah tiba masa untuk berhenti menegur secara baik rakan seperjuangan dalam industri seni itu selepas Azhar Sulaiman dilihat terus berdegil dengan pendiriannya.

 

“Orang dah tegur cara habis berlapik, kalau tengok dah macam Usop Wilcha dah punya lembut. Tak! Tetap dia nak ‘post’ juga.

“Lantak kaulah bang (Azhar). Pendapat kau kan. Kau layanlah apa dalam kepala kau. Aku doakan kau ‘enjoy’ dengan perhatian yang kau cari ni ya bang,” kongsinya dalam Instagram Story.

“lantak kaulah bang,” sharnaaz pilih henti berbalah dengan azhar sulaiman

Dalam hantaran sama, Sharnaaz turut menitipkan pesanan kepada orang ramai supaya terus memboikot produk yang mempunyai kaitan dengan pendatang haram Isarel.

 

“Yang mana dah beli, simpan dan makan bagi habis, jangan beli lagi selepas ini.

“Jangan bazir pula. Kali ini hidup keras sikit,” katanya.

“lantak kaulah bang,” sharnaaz pilih henti berbalah dengan azhar sulaiman

Terdahulu, Azhar Sulaiman telah memuatnaik hantaran yang mempertikaikan strategi digunakan ketua pejuang Hamas di Palestin dalam usaha menentang Israel.

“lantak kaulah bang,” sharnaaz pilih henti berbalah dengan azhar sulaiman

Perkongsian Azhar itu mendapat kecaman ramai, termasuk dari Sharnaaz yang nyata terkilan dengan pendapat dilontarkan aktor senior berkenaan.

 

Sumber: Instagram