Dilihat Berpegangan Tangan, Sharnaaz dan Amelia Masih Fasa Perkenalan

Baru-baru ini, pelakon, Sharnaaz Ahmad telah mencuri perhatian ramai selepas hadir ke majlis tayangan filem Polis Evo 3 sambil ditemani oleh seorang wanita.

dilihat berpegangan tangan, sharnaaz dan amelia masih fasa perkenalan

Wanita itu juga dilihat memaut tangan Sharnaaz ketika hadir ke majlis tersebut.

 

Menurut Sharnaaz, wanita itu juga merupakan pelakon yang dikenali sebagai Amelia Christie dan mereka kini masih lagi dalam fasa perkenalan.

dilihat berpegangan tangan, sharnaaz dan amelia masih fasa perkenalan

Dalam pada itu, Sharnaaz berkata Amelia mungkin akan menamatkan kariernya sebagai pelakon tidak lama lagi.

 

“Mungkin dia selepas ini bukan jadi artis lagi. Kita tak tahu yang penting kita doakan mana yang terbaik.

“Saya okay sahaja sebab saya berkawan dengan semua orang,” kata Sharnaaz.

dilihat berpegangan tangan, sharnaaz dan amelia masih fasa perkenalan

Sharnaaz turut tampil menjawab dakwaan kononnya beliau mengawal aktiviti seni dan kehidupan Amelia sebagai seorang pelakon baharu.

 

“Bagi saya kawal itu tanda peduli, kalau kita tiada kawal maknanya kita tidak peduli. Bagi saya kawal itu ada banyak fasa kalau kita kawal itu maknanya kita nak dia jadi yang terbaik.

“Kalau kita kawal terlalu merepek… merepeklah jadi dia. Tapi kalau ke arah kebaikan apa salahnya daripada dia menjadi yang tidak baik,” jelasnya.

dilihat berpegangan tangan, sharnaaz dan amelia masih fasa perkenalan

Ditanya mengenai penerimaan anaknya, Jebat Jayden terhadap Amelia, beliau berkata dia tidak mempunyai hak untuk bercakap bagi pihak anaknya dan meminta pihak media untuk terus bertanya kepada Jebat sendiri.

 

Terdahulu, Sharnaaz pernah berkata bahawa dia lebih selesa memilih wanita biasa sebagai calon isteri daripada wanita yang tergolong dalam kalangan artis. Katanya, dia juga menegaskan bahawa dia ingin mencari seseorang yang mempunyai kesederhanaan dan tidak terlalu memilih-milih dalam kehidupannya.

 

Baca: Sharnaaz Ahmad Tak Akan Lagi Bercinta Dengan Artis Atau Pelakon Lepas Ini

 

Sumber: Mstar