Pelakon, Sharnaaz Ahmad dipuji warganet apabila dilihat menikmati percutian di Jepun bersama kekasih hati, Amelia Christie dan bekas isterinya, Noor Nabila dan juga anak mereka, Jebat Jayden.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sharnaaz dilihat memuatnaik beberapa video bersama dua wanita tersebut dan anak lelakinya, bercuti di beberapa lokasi di negara itu.
Malah ada paparan video yang menunjukkan keempat-empat mereka kelihatan sangat bahagia ketika berjalan disebuah lokasi di Jepun pada waktu malam.
Amelia juga dilihat tidak kekok dan mesra merangkul lengan Noor Nabila dan masak di dapur bersama, sekaligus membuktikan mereka berdua mempunyai hubungan baik dan akrab.
Perkongsian itu nyata menarik perhatian warganet yang rata-rata memuji Sharnaaz dan Nabila yang profesional, meskipun mereka bukan lagi pasangan suami isteri. Malah, Amelia turut mendapat pujian warganet yang dilihat sangat baik dalam menjaga Jebat Jayden.
Sekadar info, Sharnaaz dan Nabila pernah menjadi pasangan suami isteri pada Mac 2017, namun berpisah pada Julai 2020.
Sharnaaz kemudian mulai rapat dengan pelakon baharu, Amelia Christie, apabila kerap dilihat bersama dalam beberapa acara hiburan.
Sumber: Instagram