Enggan Ulang Kesilapan Lama, Sharifah Rose Kini ‘Sorok’ Kekasih Dari Umum

Pelakon, Sharifah Rose mengakui kini mengambil pendekatan menyembunyikan identiti kekasih hati kerana enggan mengulangi kesilapan lalu.

dah bertudung sejak usia 15 tahun, sharifah rose tak terfikir kembali ‘free hair’

Menurut pemilik nama sebenar Sharifah Rose Sabrina Syed Mohd. Mazfira, 25, tindakan menyembunyikan kekasih hati dibuat agar kisah cintanya tidak diganggu pihak yang tidak berkenaan.

 

“Saya belajar daripada kesilapan lampau dengan memberikan tumpuan kepada teman baharu, bukan berkongsi kisah cinta kami kepada umum.

“Insya-Allah kalau dia untuk saya, saya akan beritahu satu dunia apabila tiba masanya hubungan kami halal.

“Buat masa sekarang saya mahu mengenalinya betul-betul dan bukan apa yang diberitahu orang mengenainya,” katanya.

 

Ujar Sharifah lagi, beliau tidak akan mengulangi kesilapan sama dalam perhubungan apabila bercerita tentang soal cinta secara terbuka.

dah bertudung sejak usia 15 tahun, sharifah rose tak terfikir kembali ‘free hair’

“Apabila terlalu berkongsi dalam media sosial mengenai hal peribadi, orang akan menggunakan awak.

“Untuk masa lalu, saya terlalu terbuka dalam perhubungan sehingga banyak sangat tekanan dari luar.

“Kegembiraan itu tidak dapat antara saya dan pasangan sampaikan tidak pasti sama ada dia orang yang betul,” kata pelakon itu lagi.

 

Baru-baru ini, Sharifah Rose telah digosipkan bersama pelakon, Ezzrin Loy, menerusi satu rakaman video yang memaparkan mereka keluar bersama.

ezzrin loy akui kurang selesa video dia bersama sharifah rose tular

Meskipun Ezzrin akui rapat dengan pelakon wanita ini kerana sudah lama mengenalinya, beliau enggan mendedahkan sejauh mana hubungan mereka bagi menghormati perasaan masing-masing.

 

Sumber: HIB Glam