“Saya Rasa Agak Biadap Jika Tak Sambut Salamnya,” - Sharifah Rose

Baru-baru ini, tular video menunjukkan aksi pelakon wanita tempatan, Sharifah Rose bersalam dengan seorang artis lelaki dari Thailand iaitu Bright Vachirawit.

“saya rasa agak biadap jika tak sambut salamnya,” - sharifah rose

Tindakan Sharifah Rose itu telah mengundang kecaman ramai khususnya warganet di negara ini, tambah pula dengan imej beliau yang berhijab.

 

Sharifah kemudian tampil menjelaskan tindakannya bersalam dengan artis lelaki itu adalah kerana enggan bersikap biadab.

“saya rasa agak biadap jika tak sambut salamnya,” - sharifah rose

Jelasnya, pada awalnya dia hanya melambai sahaja namun Bright menghulurkan tangan untuk bersalam bagi menyambut lambaiannya itu.

 

"Masa itu, saya hanya lambai saja tapi dia yang hulur tangan untuk salam. Saya rasa agak biadab jika tidak menyambut salamnya kerana dia mungkin tak tahu budaya kita kan.

"Jadi, saya sambut tangan dia sebagai menghormati la. Saya pun tidaklah berlebih-lebihan. Saya sambut tangan pun sebab dia hulur," katanya.

 

@ammxrhxlm_ OKAY KALINI SUMPAH BENCI ROSE!!! AGHHHHH JELOUS GILAAAAA 😭 @Sharifah Rose #bbrightvc #bright #brightvachirawit #KiehlsXBright #sharifahrose #fyp #fypシ #foryoupage ♬ original sound - ammxrhxlm_

 

Tambah Rose lagi, beliau mengakui sudah terbiasa dengan netizen yang sentiasa ingin mempertikaikan apa yang dilakukannya.

 

Katanya lagi, salam adalah sebagai tanda hormat-menghormati sahaja dan tidak ada yang berlebihan.

 

Terdahulu, netizen mengecam tindakan Sharifah Rose bersalaman dengan artis lelaki Thailand itu, selain ia tidak bersesuaian dengan imejnya yang bertudung.

 

Sumber: HMetro