Shaheizy Sam Nekad Boikot Syarikat Yang Ada Kena Mengena Dengan Rejim Zionis

Pelakon, Shaheizy Sam mengakui kini dalam usaha memboikot semua syarikat atau sebarang jenama yang terlibat dalam pemberian sumbangan dan sokongan kepada pendatang haram, Israel.

shaheizy sam nekad boikot syarikat yang ada kena mengena dengan rejim zionis

Menurut Sam, langkah itu diambil bagi membantu dalam soladiriti terhadap Palestin, selain juga sebagai bentuk kecaman terhadap perbuatan kejam rejim zionis.

 

“Buat masa ini saya sedang dalam usaha untuk memboikot sebarang syarikat yang memberikan bantuan kepada rejim zionis secara langsung atau tidak.

“Ada syarikat tak memberi sumbangan kepada Israel tapi mereka membayar caj tertentu kepada ibu syarikat yang kita sendiri tak tahu ke mana duit itu.

“Kalau saya dengar duit itu disalurkan untuk tujuan kebinasaan, saya akan berhenti beli. Saya ada list produk yang perlu dielakkan, yang ada kena mengena dengan kekejaman Israel.

"Dalam masa sama, saya akan sentiasa kongsi dengan pengikut saya di media sosial,” katanya kepada Gempak.

shaheizy sam nekad boikot syarikat yang ada kena mengena dengan rejim zionis

Dalam pada itu, Sam turut berharap masyarakat di negara ini dapat menyokong barangan buatan tempatan seiring dengan usaha memboikot jenama antarabangsa yang menyokong kepada penindasan di Palestin.

 

"Saya tak kisah kalau tak pakai barangan mewah, janji saya tahu saya buat benda yang betul dan baik.

“Jadi, saya akan terus sokong barangan buatan Malaysia. Dalam masa sama saya berharap agar selepas mendapat sokongan daripada masyarakat, mereka janganlah kedekut dengan kita pula,” katanya lagi.

 

Sumber: Gempak

Foto: Kosmo!