Semalam Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di lapan negeri bermula 5 Mac ini sehingga 18 Mac depan. Antara lapan negeri yang dikenakan PKPB adalah Selangor dan Kuala Lumpur, manakala Putrajaya diletakkan dibawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Ekoran daripada itu, timbul persoalan ramai berkenaan pergerakan merentas antara tiga negeri ini memandangkan larangan rentas negeri masih diteruskan juga berkuatkuasa 5 Mac. Namun jelas Menteri Kanan Keselamatan, pergerakan antara Selangor ke KL dan sebaliknya adalah dibenarkan memandangkan kedua-dua kawasan di bawah PKPB. Namun untuk ke Putrajaya, kebenaran polis masih diperlukan kerana Putrajaya sudah berstatus PKPP ekoran penurunan kes COVID-19. Bagaimanapun, pengecualian diberikan kepada mereka yang bekerja dan mempunyai surat majikan. Sumber: Astro Radio News