Dalam usaha ke arah kelestarian alam sekitar, Selangor akan menyertai kempen Earth Hour, pada Sabtu ini, 26 Mac 2022.
Ekoran itu, lampu elektrik di bangunan-bangunan pejabat, premis-premis perniagaan dan kediaman akan dipadamkan selama satu jam mulai 8.30 malam, Sabtu ini.
.
Menurut Exco Pelancongan dan Alam Sekitar negeri Hee Loy Sian berkata kempen itu bertujuan menyokong usaha-usaha ke arah kelestarian alam sekitar dan merealisasikan agenda Selangor untuk menangani kesan perubahan iklim.
.
Selangor juga berhasrat untuk menjadikan kempen Earth Hour sebagai acara tahunan dalam usaha memupuk kesedaran rakyat mengenai perubahan iklim dan alam sekitar yang sedang dialami seluruh dunia.
.
Katanya lagi, demi keselamatan orang ramai dan pengguna bangunan, hanya lampu exterior (lampu perhiasan), lampu yang tidak digunakan akan dipadamkan, dan ia bukanlah blackout sepenuhnya.
"Lampu-lampu keselamatan perlu dipasangkan mengikut keperluan bangunan masing-masing dalam memastikan keselamatan awam di kawasan bangunan.
"Bangunan-bangunan kerajaan negeri dan lain-lain bangunan yang di bawah seliaan PBT adalah digalakkan turut serta dalam kempen ini, dan kerajaan negeri turut mengalu-alukan penyertaan sektor swasta dan organisasi lain," katanya.
.
Kempen Earth Hour akan dilaksanakan pada Sabtu, 26 Mac 2022, bermula jam 8.30 malam di seluruh dunia.
Sumber: [1]