Sekolah Secara Bersemuka Dibuka Berperingkat Mulai 1 September

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sesi persekolahan secara Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan diteruskan sehingga 31 Ogos 2021. Ketetapan ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.

sekolah secara bersemuka dibuka berperingkat mulai 1 september

Menurut KPM, sehingga 16 Julai 2021, seramai 253,366 orang guru dan pentadbir (61.30%) serta 10,876 orang kakitangan sokongan (46.33%) telah menerima sekurang-kurangnya 1 dos vaksin.

 

Mengambil kira kadar vaksinasi ini, KPM telah membuat ketetapan bahawa sekolah akan dibuka secara berperingkat untuk Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) bersemuka mulai 1 September 2021.

 

Namun, KPM memaklumkan akan terus juga mengambil kira penilaian risiko oleh KKM dan MKN bagi melihat sekiranya terdapat keperluan untuk membuat perubahan terhadap tarikh tersebut.

 

Tambah lagi, KPM akan memaklumkan perincian lanjut mengenai pembukaan sekolah bagi sesi PdP secara bersemuka selewat-lewatnya seminggu sebelum sekolah dibuka.

 

Sumber: KPM