Satu keluarga yang sedang menikmati hidangan hotpot di sebuah restoran dekat Kuala Lumpur berakhir dengan tragedi.
Kejadian berlaku ketika keluarga Jason Chiu sedang menikmati hidangan panas di sebuah restoran hotpot pada Seotember lalu, sebelum ia meletup secara tiba-tiba.
Ketika kejadian, gas silinder untuk dua daripada empat hidangan yang dihidangkan telah habis sebelum mereka meminta pelayan untuk menukarkan ia dengan yang baru.
“Bagaimanapun, bekas gel yang digunakan untuk menyalakan semula api telah habis dan pelayan menggoncang bekas itu dari jauh dan berjaya menghidupkan semula api.
“Tidak lama kemudian, api untuk dua set makanan yang lain turut padam dan seorang lagi pelayan wanita datang membantu.
“Walau bagaimanapun, kaedahnya sangat berbeza daripada rakan sekerjanya kerana dia menggoncang bekas gel dengan kuat sehingga terbakar,” kata Jason.
Tidak lama selepas itu, hotpot mereka terbakar lalu meletup dan pekerja mereka hanya berdiri sahaja disitu. Lima minit kemudian, barulah mereka mendapatkan alat pemadam api.
Ekoran daripada kebakaran itu, muka, badan dan belakang diri serta bapanya terbakar, menyebabkan melecur teruk tahap satu dan dua.
Mereka sekeluarga kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Menurut Jason, pemilik restoran itu kemudian bertanggungjawab menanggung kos perubatan mereka sekeluarga sepanjang berada di hospital.
Selepas sebulan berlalu, Jason kembali ke restoran itu untuk menuntut ganti rugi. Namun pemilik restoran sering menangguhkan perbincangan mereka hingga Jason sedar dia telah dipermainkan.
“Sampai masa itu saya sedar mereka mahu melambatkan isu ini dan saya berikan mereka satu bulan untuk menyelesaikan tuntutan ganti rugi ini,” katanya.
Sebagai ganti rugi, pemilik restoran akhirnya bersetuju membayar hanya RM4,000 yang mana RM3,000 adalah wan tunai dan RM1,000 adalah baucar.
Ujar Jason, nilai ganti rugi itu tidak mencukupi kerana kos perubatan dirinya sahaja mencecah RM30,000. Malah, disebabkan kes itu juga, beliau turut berhadapan dengan isu kesihatan mental.
Kata Jason, beliau hanya mahukan keadilan atas apa yang berlaku, dan bukannya wang semata-mata.
“Kami sudah ambil tindakan undang-undang bagi melindungi hak kami,” katanya.
Sumber: WeirdKaya