Gugur Air Mata Fendy Bakry Bila Kucing Kesayangan Mati [Video]

Kehilangan seseorang atau sesuatu yang kita sayangi pasti membuatkan kita berasa sedih.

 

Itu yang dirasai pelakon, Fendy Bakry selepas gagal menahan air mata kesedihan apabila kucing kesayangan yang diberi nama Missy mati.

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

Kesedihan itu dikongsikan Fendy menerusi satu muatnaik di media sosial yang menunjukkan detik terakhir beliau bersama kucing yang dibelanya sejak kecil.

 

@fendybakry Terima kasih nak sudi hadir dalam hidup daddy & mummy.. tenang la nak kat sana.. . Daddy simpan sini ya supaya daddy boleh tengok kerap… . #missy #weloveyou #fyp #fypシ ♬ Menyentuh Hati - Yuda pratama

 

 

Kucing itu dilaporkan mati akibat pendarahan dalam paru-paru selepas rawatan di klinik.

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

“Aku tatang dari kecil sejak mula-mula ambil di @kieracatkongdom dan akan sentiasa dapatkan rawatan di klinik.

“Tapi semalam, Missy dah pergi (mati) tinggalkan aku dan isteri disebabkan paru-paru berdarah,” kata pelakon berusia 34 tahun itu.

 

Ujar Fendy, beliau menganggap kucing itu umpama anak sendiri sehingga membahasakan diri sebagai daddy dan isterinya sebagai mommy.

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

“Terima kasih nak, hadir dalam hidup daddy dan mommy, berkongsi kebahagiaan dan kasih sayang bersama. Tenanglah di sana. Missy dah tak sakit lagi.

“Kami sayang awak. Daddy simpan sini (video) supaya tak hilang okey,” kata Fendy.

 

Perkongsian video itu nyata menarik perhatian ramai khasnya pencinta haiwan yang turut bersimpati atas kehilangan kucing ini.

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

gugur air mata fendy bakry bila kucing kesayangan mati [video]

Sumber: Tiktok Fendy Bakry