Sebahagian Besar Kes Baru Positif COVID-19 Dari Kumpulan Tak Bergejala

Malaysia sekali lagi mencatatkan kes positif COVID-19 harian tertinggi pada 15 Julai 2021 iaitu sebanyak 13,215 kes.

 

Daripada 13,215 kes ini, sebanyak 8,047 kes (60.9 peratus) adalah daripada  kategori 1 (tidak bergejala), 4,637 kes (35.1 peratus) kategori 2 (bergejala ringan), manakala selebihnya iaitu sebanyak 531 kes (4.0 peratus) adalah kategori 3 hingga kategori 5. Ini menunjukkan sebahagian besar daripada kes positif COVID-19 yang dilaporkan pada hari ini adalah daripada kumpulan tidak bergejala dan bergejala ringan.

 

Berikut adalah perincian status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 15 Julai 2021 (jam 12:00 tengah hari);

  • Kes sembuh : 6,095 kes (765,800 kes kumulatif, 86.9%);
  • Kes baharu : 13,215 kes (880,782 kes kumulatif);
  • Kes import : 13 kes (7 warganegara, 6 bukan warganegara);
  • Kes tempatan : 13,202 kes [10,845 warganegara (82.1%); 2,357 bukan warganegara (17.9%)];
  • Kes aktif : 108,369 kes;
  • Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 885 kes;
  • Kes memerlukan bantuan pernafasan : 432 kes;
  • Kes kematian : 110 kes (6,613 kes kumulatif, 0.75%; 95 warganegara, 15 bukan warganegara);
  • Jumlah kluster : 3,168 kluster;
  • Jumlah kluster baharu : 26 kluster;
  • Jumlah kluster yang telah tamat : 2,295 kluster; dan
  • Jumlah kluster aktif : 873 kluster

sebahagian besar kes baru positif covid-19 dari kumpulan tak bergejala

Daripada 110 kes kematian yang dilaporkan, 45 kes adalah di Selangor, 23 kes di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, 11 kes di Negeri Sembilan, tujuh (7) kes di Johor, lima (5) kes di Pahang, masing-masing empat (4) kes di Kedah dan Sarawak, masing-masing tiga (3) kes di Melaka dan Kelantan, dua (2) kes di Sabah, serta masing-masing satu (1) kes di Pulau Pinang, Perak, dan Wilayah Persekutuan Labuan.

 

Berikut adalah kes jangkitan baharu COVID-19 pada 15 Julai 2021 mengikut negeri di Malaysia:

sebahagian besar kes baru positif covid-19 dari kumpulan tak bergejala

Sumber: KKM