Ini Sebab Kenapa Vaksin COVID-19 Hanya Diberi Kepada 18 Tahun Ke Atas

Pelaksanaan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan akan bermula pada 26 Feb ini, dengan melalui tiga fasa.

ini sebab kenapa vaksin covid-19 hanya diberi kepada 18 tahun ke atas
 
Tiga fasa imunisasi ini akan berjalan sepanjang tahun sehingga Feb 2022, dimana suntikan vaksin boleh diambil di pusat pemberian vaksin yang akan dibuka di seluruh negara.


 
Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), sasaran suntikan vaksin ialah 26.5 juta orang atau 80% populasi negara untuk membentuk imuniti berkelompok atau juga disebut sebagai herd immunity. Penyumbang utama untuk pembentukan imuniti berkelompok ini ialah kumpulan Fasa 3 - individu sihat berumur 18 tahun ke atas.

ini sebab kenapa vaksin covid-19 hanya diberi kepada 18 tahun ke atas
 
Bagaimana pun ada yang bertanya, mengapa suntikan vaksin ini hanya diberi kepada mereka berusia 18 tahun dan ke atas, dan bukannya kepada kanak-kanak atau bayi?

ini sebab kenapa vaksin covid-19 hanya diberi kepada 18 tahun ke atas
 
Buat masa ini, kebanyakan percubaan klinikal yang dijalankan adalah kepada sukarelawan berumur 18 tahun ke atas.


 
Namun terdapat beberapa syarikat vaksin yang juga akan melaksanakan percubaan klinikal terhadap kanak-kanak. Justeru, kerajaan akan mempertimbang penggunaan vaksin COVID-19 kepada kanak-kanak apabila terdapat data saintifik yang membuktikan keberkesanan dan keselamatannya kepada golongan ini. Maka, buat masa ini, vaksin yang dihasilkan hanya sesuai kepada mereka yang berusia 18 tahun dan keatas sahaja.


 
Sebarang maklumat lanjut boleh rujuk kepada laman web www.vaksincovid.gov.my .



Sumber: KKM