Baru-baru ini, tular di media sosial menunjukkan penemuan gumpalan rambut dalam makanan kuih limas yang didakwa dibeli di Bazar Ramadan Teluk Intan, Perak.
Ekoran itu, sampel makanan tersebut akan dihantar untuk analisis makmal bagi tujuan siasatan kes.
.
Kertas siasatan juga dibuka bagi tujuan pendakwaan mengikut Akta Makanan 1983 (Akta 281) selepas keterangan dari pembeli dan penjual diambil.
.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi negeri Mohd Akmal Kamarudin berkata pemeriksaan di tempat menjual dan tempat memproses juga telah dibuat dan ia dikategorikan sebagai ‘bersih’.
.
Tambah lagi, kesemua 84 lot premis di bazar Ramadan itu juga telah diperiksa dan tiada notis kompaun dikeluarkan, namun 254 pengendali makanan telah diberikan penerangan berkaitan Pendidikan Kesihatan.
.
Malah, pensampelan makanan untuk analisis makmal akan dilakukan di bazar Ramadan itu terutamanya makanan yang disediakan di rumah bagi tujuan kualiti.
.
Sumber: [1]