Pada 10 Mei lalu, koleksi terhad 'Jennie for Calvin Klein' telah dilancarkan di seluruh negara yang mempunyai cawangan jenama tersebut.
Sebagai sambutan kepada pelancaran koleksi terhad tersebut, sebuah parti eksklusif telah diadakan di Seoul, Korea. Jennie yang juga salah seorang ahli kumpulan BLACKPINK telah hadir dengan memakai koleksinya sendiri yang berwarna ungu, sekaligus menarik perhatian ramai khususnya para peminat.
Beberapa duta jenama berkenaan juga turut hadir, seperti Jungkook dari kumpulan BTS dan Kazuha dari kumpulan LE SSERAFIM.
Namun apa yang menarik adalah menerusi laman Tiktok milik @livelifemine telah berkongsikan satu video yang mendapat perhatian ramai. Di mana, video tersebut menunjukkan ahli kumpulan DOLLA iaitu Angel dan Sabronzo telah menghadiri parti pelancaran tersebut di Korea.
Rata-rata peminat Dolla teruja melihat mereka menghadiri pelancaran tersebut dan mereka berharap agar dapat melihat DOLLA dan BLACKPINK bergambar bersama.
“Nak diorang bergambar bersama.”
“Angel dan Jennie patut ambil gambar bersama-sama.”
“Bertuahnya diorang berada dekat dengan Jennie dan Jungkook.”
“Muka diorang ada iras la.”
Walaupun begitu, mereka bertuah kerana peluang sebegitu tidak datang selalu dan tidak semua orang dapat merasai pengalaman tersebut. Semoga suatu hari, mereka dapat bergandingan bersama-sama.
Sumber: Tiktok