Sabah Benarkan Dine-In Dalam Restoran, Kedai Makan Mulai Esok

Mulai esok, 29 Jun 2021, Sabah membenarkan kembali operasi dine-in dalam restoran, kedai makan dan juga restoran dalam premis hotel.

sabah benarkan dine-in dalam restoran, kedai makan mulai esok

Dalam satu kenyataan, Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor berkata, keputusan itu dibuat susulan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara Fasa Pertama selain sebahagian daripada SOP Negeri Sabah PKP 3.0 masih dikekalkan.

 

Selain itu, kerajaan negeri Sabah turut membenarkan gerai-gerai menjual sayur, ikan dan buah-buahan di tepi jalan serta kedai gunting rambut.

 

Malah, aktiviti rekreasi tanpa sentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal adalah dibenarkan.

 

Aktiviti pembuatan dan perkilangan seperti getak, simen dan cat, kilang berasaskan kayu dan perabot juga dibenarkan operasi. Tambahnya lagi, SOP Negeri Sabah juga akan dikeluarkan dalam masa terdekat.

sabah benarkan dine-in dalam restoran, kedai makan mulai esok

Sumber: Astro AWANI