Ryan Bakery Serik Rugi Ditipu Ratusan Ribu, “Saya Orang Kampung..”

Jika anda seorang yang gemar melayari media sosial, pasti anda cukup mengenali susuk lelaki yang bernama Ryan Bakery ini.

ryan bakery serik rugi ditipu ratusan ribu, “saya orang kampung..”

Video-video bersahaja lakonan beliau yang mulai tular di media sosial Tiktok cukup menghiburkan, tambah pula kandungan video itu dekat dengan masyarakat kita.

 

 

Namanya yang mula memuncak naik menyebabkan beliau banyak menerima tawaran, dan siapa sangka ada tawaran yang diberikan kepadanya telah menyebabkan beliau mengalami kerugian hingga mencecah ratusan ribu ringgit.

 

 “Jujurnya, saya banyak kena tipu tentang duit. Saya mencari rezeki dengan menghasilkan pelbagai kandungan kreatif dan apabila usaha saya tidak dihargai, susah untuk saya mempercayai orang lain.

“Awal tahun ini, saya pernah ditipu hingga mengakibatkan kerugian mencecah ratusan ribu ringgit apabila ada pihak yang meminta saya menghasilkan kandungan tidak membayar hasil kerja.

“Saya malas mahu panjangkan cerita, jadi saya halalkan sahaja perkara itu,” kongsinya.

 

Tambah Ryan lagi, beliau bersyukur kerana kini mempunyai seorang pengurus yang dipercayai, yang berpengalaman luas dalam industri hiburan.

 

“Saya ini orang kampung dan tidak mempunyai gaji tetap. Pernah juga saya lambat terima bayaran sedangkan kerja sudah siap dilunaskan. Apabila ada pengurus, saya lebih yakin untuk terima tawaran kerana ada yang memantau segala aspek melibatkan pekerjaan,” katanya.

 

Dalam perkembangan lain, Ryan kini sudah habis menjalani penggambaran untuk filem lakonannya, termasuk produksi arahan Pierre Andre yang dijangaka ditayangkan tahun hadapan.

 

Sumber: Utusan