Mula Dari Video Lawak, Ryan Bakery Kini Seorang Penyanyi

Pempengaruh terkenal tanah air, Ryan Bakery cukup sinonim dengan video-video pendeknya di Instagram dan Tiktok.

 

Kini, Ryan Bakery telah melangkah kehadapan dengan mencuba nasib dalam bidang nyanyian pula.

mula dari video lawak, ryan bakery kini seorang penyanyi

Kolaborasi bersama penyanyi, Andi Bernadee, Ryan tidak menolak tawaran digabungkan untuk lagu raya berjudul Raya Last Minit.

mula dari video lawak, ryan bakery kini seorang penyanyi

Menurut Ryan, lagu pertamanya ini menceritakan persiapan akhir menyambut hari raya seperti lupa nak selit duit dalam sampil raya, pakai songkok senget dan lupa nak beli tiket untuk balik beraya.

 

“Kesemua ini tertera dalam lirik untuk lagu Raya Last Minit dan para pendengar pasti akan rasa dekat kerana ada sebahagian daripada kita pernah berhaapan dengan situasi beraya saat akhir. Suasana kelam kabut yang dilalui itu dijadikan idea utama untuk lagu ini,” kata Ryan.

mula dari video lawak, ryan bakery kini seorang penyanyi

Raya Last Minit juga didatangkan dengan muzik video dengan tajaan sepenuhnya oleh Snickers.

 

“Sebenarnya banyak idea muncul saat kami mahu menghasilkan konsep MV. Tapi kita pilih kisah dua beradik yang sibuk bekerja sehingga terlupa membeli tiket.

“Mereka gagal membeli tiket dan akhirnya mengambil keputusan untuk berjalan kaki pulang ke kampung halaman. Pelbagai insiden lucu dan menarik perhatian sepanjang perjalanan pulang. Akhirnya apabila sampai di kampung, kesemua ahli keluarga dan saudara mara tiada di rumah. Rupanya mereka beraya di bandar,” demikian menurut Ryan.

Sementara itu, Andi Bernadee juga meletakkan harapan agar Raya Last Minit akan menjadi salah satu lagu raya wajib dengar setiap kali tibanya Syawal, selain menjadi lagu raya evergreen. Malah, lagu ini juga adalah lagu raya pertama buat Andi.

 

Sumber: Gempak