Rumah Pernah Digegar Bomba Gara-Gara ‘Tidur Mati’, Alya Iman Nafi Ambil Bahan Terlarang

Pelakon, Alya Iman mengakui dirinya mengalami masalah ‘tidur mati’ yang membuatkannya sukar untuk bangun atau dikejutkan selepas nyenyak tidur.

rumah pernah digegar bomba gara-gara ‘tidur mati’, alya iman nafi ambil bahan terlarang

Menurut pemilik nama sebenar Nur Alya Iman Azmil, 22, masalah itu lebih teruk semasa beliau kecil hingga pernah bomba terpaksa digunakan untuk menggegarkan rumahnya gara-gara ‘tidur mati’.

 

“Saya memang mempunyai ‘sleeping disorder’ tetapi tidak kerap atau disengajakan. Saya tegaskan, memang tidak mengambil sebarang bahan terlarang.

“Kalau saya sengaja, tidaklah sampai pihak bomba pernah datang rumah. Saya memang sedang tidur dan bila orang ketuk pintu berulang kali pun tetap tak sedar, mungkin disebabkan faktor penat juga,” katanya kepada HibGlam.

 

Anak kepada pelakon popular era 80-an, Allahyarham Azmil Mustapha itu berkata lagi, masalah ini menafikan dakwaan kononnya beliau mengambil bahan terlarang seperti dadah.

rumah pernah digegar bomba gara-gara ‘tidur mati’, alya iman nafi ambil bahan terlarang

“Saya perasan pelbagai spekulasi yang muncul dalam media sosial bila saya berkongsi hal berkenaan tetap saya okey sahaja bila orang nak cakap sedemikian sebab kita manusia memang suka mengutuk atau buat spekulasi.

“Okey sahaja dengan perkara itu sebab saya juga manusia biasa seperti orang lain yang suka buat spekulasi ditambah pula saya sebagai artis adalah selebriti, jadi memang kena terima sahaja,” ujarnya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HIBGLAM (@hibglam.com.my)

 

Sumber: HIB Glam