Akui Masih Single dan Belum Ada Calon, Ruhainies Tertekan Orang Tanya Bila Nak Kahwin

Pelakon, Ruhainies mengakui sedikit tertekan apabila menerima pertanyaan tentang perkahwinan selepas mencetuskan sensasi menerusi video kolaborasinya bersama pereka, FiziWoo yang tular, baru-baru ini.

ruhainies beri bayangan bakal tamatkan zaman bujang? peminat kata ‘prank je ni’

Baca: Ruhainies Beri Bayangan Bakal Tamatkan Zaman Bujang? Peminat Kata ‘Prank Je Ni’

 

Pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, ini berkata, beliau belum ada sebarang perancangan untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat apatah lagi calon suami juga belum ada.

akui masih single dan belum ada calon, ruhainies tertekan orang tanya bila nak kahwin

“Bila video itu mencetuskan tanda tanya, betul ke saya akan kahwin, ramai pula tanya bila dan siapa. Sebenarnya itu satu kolaborasi untuk koleksi perkahwinan pereka sohor itu. Bukan saya mahu kahwin pun.

“Tapi bila kerap kali diasak soalan sama, memang sedikit tertekan. Bukan tak mahu kahwin, tetapi calonnya pun belum ada. Rakan-rakan seusia saya pun sudah ramai berkahwin, tetapi jodoh belum sampai kan.

“Ramai yang mendekati dan saya ini pun jenis selesa berkawan dengan sesiapa sahaja. Tetapi kalau yang betul-betul dekat di hati itu belum ada lagi yang sesuai,” katanya.

 

Dalam pada itu, Ruhainies menafikan dakwaan segelintir pihak yang melabelnya sebagai ‘ratu gimik’ selepas beberapa kali membuat hantaran berkaitan perkahwinan.

akui masih single dan belum ada calon, ruhainies tertekan orang tanya bila nak kahwin

“Kolaborasi dengan FiziWoo bukan gimik pun. Video itu adalah reaksi sebenar ketika saya pertama kali melihat koleksi perkahwinan yang berinspirasi fesyen dan gaya saya sendiri. Terharu sangat.

“Tetapi tak pernah pun kami merancang untuk buat gimik atau sengaja prank warganet,” katanya lagi.

 

Sumber: Utusan