“Bila Kita Di Pihak Benar, Pastinya Kita Tidak Akan Takut,” – Ruhainies

Pelakon, Ruhainies berkata beliau hanya bersikap profesional dan komited dengan kerjaya, selain tidak berasa takut kerana berada di pihak yang benar.

“bila kita di pihak benar, pastinya kita tidak akan takut,” – ruhainies

Terpalit dengan kontroversi ditangkap khalwat bersama pelakon, Aliff Aziz, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, berkata, beliau hanya terus kekal tenang meski teruk dikritik dan dikecam ramai pihak.

 

“Banyak yang kecam itu sebenarnya tokok tambah, saya hanya komited dengan kerja.

“Bila kita di pihak yang benar, pastinya kita tidak akan takut.

“Dengan kata mudahnya, berani kerana benar,” katanya menerusi hantaran video dikongsi usahawan, Datuk Aliff Syukri di Instagram

 

 

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terus mengecam pelakon itu kerana dikatakan tidak tahu mahu dan cuba menegakkan benang yang basah.

 

Terdahulu, Ruhainies dan Aliff telah ditahan atas dakwaan berkhalwat pada Sabtu lalu, dan dibebaskan dengan jaminan sementara serta menanti pendakwaan pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak.

 

Sumber: Instagram