Ruhainies Kini Tak Mahu Lagi Kongsi Kisah Peribadi Pada Umum

Pelakon, Ruhainies kini memilih untuk tidak lagi berkongsi kisah peribadinya kepada umum.

ruhainies kini tak mahu lagi kongsi kisah peribadi pada umum

Ujarnya, dia lebih banyak menerima respon negatif berbanding positif apabila berkongsi mengenai kisah peribadinya, selain menyebabkan privasinya terjejas.

 

Sebelum ini beliau akan berkongsi apa jua berita baik kepada umum, termasuklah juga jika sudah bertemu seseorang. Namun setiap kali perkongsian itu, beliau akan menerima lebih banyak respon negatif berbanding positif.

 

“Privasi saya pun dah hilang dan saya tak gembira,” kata Ruhainies.

ruhainies kini tak mahu lagi kongsi kisah peribadi pada umum

Tambahnya lagi, disebabkan perkongsian itu kariernya juga tenggelam kerana orang lebih fokus kepada kisah peribadinya itu berbanding bakatnya dalam dunia lakonan.

 

Ruhainies turut memberitahu beliau enggan mengulas lanjut mengenai soal jodoh dan mahu berserah segalanya kepada Allah.

 

“Saya masih single tapi tak tahu la nak kata apa, sebab apa-apa pun saya berserah saja soal jodoh ni. Kalau saya cakap tak available, tak tahu apa yang Allah dah aturkan,” ujarnya.

 

Sumber: Gempak