Umur Dah 31, Ruhainies Ada Rasa Ragu-Ragu Nak Kahwin Sebab ‘Overthinking’

Pelakon jelita, Ruhainies mendedahkan beliau ada rasa ragu-ragu untuk mendirikan rumah tangga ketika usianya kini mencecah 31 tahun dek kerana perasaan ‘overthinking’.

umur dah 31, ruhainies ada rasa ragu-ragu nak kahwin sebab ‘overthinking’

Menurut beliau, soalan berkaitan jodoh dan lelaki sering kali diajukan kepadanya, namun beliau kekal tenang dan tidak berasa rimas untuk menjawab pertanyaan berkaitan itu.

 

“Rimas? Tidaklah rimas bila kerap diajukan soalan tentang jodoh. Cuma saya akan rasa tertekan. Sebab saya tidak mahu berumah tangga disebabkan tekanan daripada orang luar.

“Sebab yang hendak berkahwin dan menjalani kehidupan suami isteri adalah saya. Lagi pun banyak perkara negatif yang terjadi di sekeliling saya seperti perceraian.

“Jadi perkara itu sedikit sebanyak membuatkan rasa berasa paranoid untuk mendirikan rumah tangga,” kata Ruhainies.

 

Selain paranoid, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas itu juga mempunyai rasa ragu-ragu untuk berkahwin dek kerana sifatnya yang ‘overthinking’.

umur dah 31, ruhainies ada rasa ragu-ragu nak kahwin sebab ‘overthinking’

“Saya ada sifat ‘overthinking’ yang mencetuskan takut terhadap perkahwinan. Saya beranggapan, orang lelaki hanya awal-awal sahaja akan sayangkan kita. Tapi lama-lama, kita tidak tahu.

“Jadi, bila ada seseorang mahu mendekati saya, cepat-cepat saya menjauhkan diri. Nampak gayanya macam jadi ‘andartu’ (anak dara tua) nanti,” kata beliau berseloroh.

 

Bagaimanapun Ruhainies tetap percaya dengan aturan yang ditetapkan Allah SWT tentang soal jodohnya pada masa akan datang.

 

Sumber: Kosmo!