Pelakon, Ruhainies baru-baru ini berkongsi video sedang mencuba sepersalinan pakaian pengantin, membuatkan netizen mula berspekulasi kononnya beliau akan menamatkan zaman bujang tidak lama lagi.
Menerusi video di Instagram, pemilik nama sebenar Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, dilihat terkejut dan teruja apabila melihat busana putih yang ditempah dengan pereka fesyen, Fizi Woo.
Malah, video berkenaan turut dilihat menggunakan tandapagar #RuhainiesDayIDo, seakan-akan memberi bayangan tarikh perkahwinannya sudah semakin hampir.
Namun, ada juga warganet yang berpendapat video itu adalah untuk tujuan promosi busana pengantin tahun hadapan yang bakal dilancarkan Fizi Woo.
Terdahulu, Ruhainies pernah juga memuatnaik video gimik seolah-olah bakal mendirikan rumahtangga namun rupanya ia hanyalah sekadar mempromosikan produk.
Sumber: Instagram