Rugi Setengah Juta Ringgit Kerana Papan Billboard Haram

Patutlah rasa macam banyak sangat papan iklan masa nak drive ke Melaka, rupa-rupanya semua itu papan iklan haram. 

Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Nilai mengesan sebanyak 429 unit papan billboard didirikan secara haram di sepanjang laluan Lebuhraya PLUS di kawasan pentadbirannya.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesejahteraan Bandar, Perumahan Kerajaan Tempatan dan Kampung Baru negeri, Teo Kok Seong berkata, billboard yang dibina tanpa kebenaran itu mengakibatkan Majlis Perbandaran Nilai (MPN) kerugian hampir setengah juta ringgit setiap tahun. 

rugi setengah juta ringgit kerana papan billboard haram

Kerugian itu bukan sahaja dalam aspek kehilangan cukai taksiran, permit binaan dan lesen binaan, malah belanja untuk merobohkan billboard haram itu yang dianggarkan lebih RM2,000 bagi setiap unit.

"PBT kena tanggung kerugian dan kos merobohkan sedangkan pemilik billboard haram ini memperoleh keuntungan RM10,000 ke RM20,000 setiap tahun” 

Kok Seong berkata, MPN telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap 224 daripada 429 billboar d haram terbabit mulai 1 April hingga 15 Mei lalu dengan mengeluarkan 456 kompaun serta 235 notis roboh.

rugi setengah juta ringgit kerana papan billboard haram

Bagaimanapun, kata beliau, daripada 456 bilangan kompaun bernilai RM171,750 itu, hanya 36 bilangan kompaun bernilai RM13,250 dijelaskan dan tiada tindakan merobohkan billboard haram dilakukan oleh pemilik.

"Dua bulan lalu kita berikan notis kepada pengusaha billboard haram terbabit, tetapi tiada tindakan dan kerana itu kita terpaksa jalankan penguatkuasaan merobohkan bermula hari ini.

“Operasi ini melihat kepada aspek keselamatan terhadap billboard haram yang belum tentu selamat dan kukuh kerana pembinaannya tidak mengikut spesifikasi yang sepatutnya,” katanya.

Difahamkan sebanyak 13 billboard dirobohkan di sepanjang lebuh raya dari Bukit Mahkota hingga Nilai arah selatan dan operasi sama akan turut dilaksanakan di kawasan PBT lain di negeri ini. 

Sumber

Oleh: Abdul Rahman bin Khairuddin