Wanita Rugi RM18,000 Lepas Digodam Tanpa Terima Kod OTP

Seorang wanita berusia 47 tahun kerugian RM18,000 selepas membuat pindahan wang bernilai RM20,000 daripada akaun simpanannya untuk membayar kereta dan juga insurans.

 

Mangsa yang dikenali dengan nama panggilan Tang dari Kuala Lumpur, memaklumkan kejadian itu berlaku pada 14 April lalu.

 

Menurutnya ketika hari kejadian, beliau menerima panggilan dari seorang pegawai, mendakwa wujud tiga transaksi yang dibuat dari akaun bank milik wanita itu dan meminta beliau berkongsi nombor kad pengenalan.

 

Bagaimana pun beliau enggan berkongsi nombor kad pengenalannya kerana pasti ia bukanlah panggilan daripada pihak bank sebenar.

 

Namun sebaik sahaja panggilan ditamatkan, beliau menerima satu pesanan ringkas memaklumkan bahawa transaksinya gagal. Selepas itu beliau menghubungi pihak bank untuk pengesahan dan benar RM18,000 sudah pun dipindahkan kepada akaun individu yang tidak dikenali.

wanita rugi rm18,000 lepas digodam tanpa terima kod otp

Lebih membingungkan, wanita itu tidak menerima sebarang kod pengesahan OTP pada dua transaksi yang dibuat melalui akaun bank miliknya.

 

Tambahnya lagi, wang itu adalah hasil kerja kerasnya selama ini dan tidak mampu untuk menahan air mata apabila membuat laporan polis mengenai insiden terbabit.

 

Justeru orang ramai dinasihatkan untuk berhati-hati dengan sebarang panggilan telefon, pesanan ringkas atau pautan yang melibatkan data peribadi anda seperti kad pengenalan, kod OTP, serta nombor akaun dan kata laluan bank.

Sumber: China Press