“Orang Tak Bela Kucing, Tak Faham Apa Kita Rasa,” Rita Rudaini Terlalu Sedih Kucing Kesayangan Mati

Pelakon, Rita Rudaini, kini dibelenggu rasa sedih selepas kematian kucing kesayangannya, beberapa hari yang lalu.

“orang tak bela kucing, tak faham apa kita rasa,” rita rudaini terlalu sedih kucing kesayangan mati

Menurut Rita, individu yang tidak membela kucing mungkin tidak faham dengan kesedihan yang dirasainya, hingga ada yang memperlekeh kesedihan yang dilalui beliau.

 

“Orang yang tak ada kucing, tak bela kucing, tak akan rasa dan faham apa yang kita rasa. Ada yang kata ‘nak buat macam mana dah sampai ajal’ atau ‘alahai kucing saja pun takkan sedih sangat, bukannya manusia’.

“Tahu tak? Kata-kata itu boleh tambah sakit dan luka pada kami pencinta kucing? Kucing pun mahkluk bernyawa Allah sama seperti manusia bukan? Kenapa? Sama juga kan?

Allah bagi saya hati yang dapat berkongsi rasa, rezeki dengan mereka. Saya anggap mereka adalah ‘anak-anak’ saya,” katanya dalam satu perkongsian dalam Instagram.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

 

Dakwa Rita, beliau kini sangat bersedih dan hanya Allah sahaja yang tahu perasaannya yang sebenar selepas pemergian kucing yang diberi nama Pekan, yang dibelanya sejak enam tahun lalu.

“orang tak bela kucing, tak faham apa kita rasa,” rita rudaini terlalu sedih kucing kesayangan mati

“Untuk saya pulih dari rindu pada yang telah tiada ini hanya Allah sahaja yang tahu. Saya memang sangat ‘down’, sedih dan sayu.

“Setiap masa teringat. Iyalah. Banyak kenangan bersama mana mungkin boleh lupa. Merekalah teman susah senang saya. Mommy sangat rindu. Tak akan ada pengganti yang sama dengan kamu,” katanya.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by RITARUDAINI® (@ritrud727)

 

Sumber: Instagram Rita Rudaini