Bakal Bernikah Esok, Risteena Terketar-Ketar Buat Ujian Calitan

Pelakon, Nur Risteena Munim binti Zainul Ilyas, lebih dikenali dengan nama panggilan Risteena, bakal bernikah dengan pasangannya, Isa Khan, esok, 12 Mac 2021.

bakal bernikah esok, risteena terketar-ketar buat ujian calitan
 
Bagi memenuhi syarat tambahan untuk akad nikah kali ini, pasangan pengantin perlu melakukan ujian calitan sebelum diijabkabulkan. Disebabkan itu, Risteena berkesempatan untuk melakukan ujian swab ini, semalam.

bakal bernikah esok, risteena terketar-ketar buat ujian calitan
 
Menurut perkongsian Risteena di Instagram, beliau mengakui takut untuk menjalani ujian berkenaan hinggakan menggeletar, namun bersyukur kerana keputusan ujian adalah negatif COVID-19.
 
“Hei, I bukan mengada lah. Memang takut pun. Alhamdulillah done with swab test and it’s negative. Btw, takde la sakit sangat, tapi sebab terlalu takut, so mindset dah set sakit.
“Bila dapat tahu, untuk akad nikah ni kena buat swab test dulu, terus terketar-ketar. Tapi tak dapat lari. Nak kawen kan. I did it!” ujarnya.

bakal bernikah esok, risteena terketar-ketar buat ujian calitan
 



Terdahulu, Isa Khan telah merakamkan lagu khas buat Risteena yang berjudul Karunia Terhebat.
 

 
Sumber: Instagram