Risteena Hasrat Mahu Saman Netizen Yang Fitnah, Hina Ruhainies

Pelakon, Risteena Munim berhasrat mahu mengambil tindakan undang-udang pada mereka yang membuat fitnah serta menghina adiknya, Ruhainies, susulan daripada isu ditangkap khalwat bersama pelakon, Aliff Aziz, baru-baru ini.

risteena hasrat mahu saman netizen yang fitnah, hina ruhainies

Menurut Risteena, 34, segala bukti berbaur hinaan dan fitnah yang dilontarkan pada adiknya itu akan disimpan, meskipun ada yang sudah dipadam di media sosial.

 

“Meski sudah padam, semua bukti berunsur fitnah, lucah dan maki akan ditangkap layar pihak peguam.

“Tolong bagi kerjasama nanti,” katanya menerusi Instagram.

risteena hasrat mahu saman netizen yang fitnah, hina ruhainies

 

Terdahulu, Risteena turut berkongsi tangkap layar menunjukkan perbualannya bersama Ruhainies pada 8 Mac lalu, bagi menjelaskan perkara sebenar berlaku melibatkan adiknya itu pada malam dia ditangkap khalwat.

risteena hasrat mahu saman netizen yang fitnah, hina ruhainies

Malah, Ruhainies dan Aliff juga masing-masing berkongsi kenyataan rasmi berhubung perkara itu, namun tetap mendapat serangan bertubi-tubi daripada warganet.

takut nak buka pintu, ruhainies & aliff aziz keluar kenyataan isu khalwat

Baca: Takut Nak Buka Pintu, Ruhainies & Aliff Aziz Keluar Kenyataan Isu Khalwat

 

Sumber: Instagram