RIM Akan Raikan Pencalonan AIM Dari Tahun 2017 Hingga 2020

rim akan raikan pencalonan aim dari tahun 2017 hingga 2020

Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM) bakal meraikan penggiat muzik dan seni tanah air dari tahun 2017 hingga 2020.

Pengerusinya Rosmin Hashim berkata penghargaan tersebut akan diraikan dalam satu majlis ringkas Anugerah Industri Muzik dalam waktu terdekat.

“Penganjuran tersebut dibuat atas permintaan ahli-ahli RIM yang mahukan karya mereka diberi penghargaan.

“Ini kerana sepanjang tahun tersebut tiada majlis anugerah AIM dibuat atas pelbagai faktor.

“Bagi mereka, pengiktarafan AIM ini sangat perlu agar beri nilai tambah kepada karya mereka di masa akan datang serta lebih bersemangat memeriahkan lagi industri muzik tempatan,” katanya kepada portal SYOK.

Dalam pada itu, Rosmin menambah Anugerah Kembara di AIM23, tidak diberikan kepada sesiapa penggiat seni disebakan pandemik Covid 19 yang melanda dunia.

“Bagi AIM23 tiada sesiapa individu menerima Anugerah Kembara kerana dunia dilanda wabak Covid yang teruk.

“Kini wabak tersebut dilapor semakin pulih dan orang ramai juga dibenarkan untuk merentas sempadan  termasuk penggiat seni.

“Selepas kelonggaran itu dibenarkan, diharapkan penggiat seni tempatan akan lakukan sesuatu mempromosikan karya mereka di negara luar,” katanya.

Berikut senarai pemenang Anugerah Industri Muzik 23 yang berlangsung di Auditorium MBSA:

Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Lagu (Lelaki)
Arddley Nicholas
Lagu: Pilu

Persembahan Vokal TerbaikDi Dalam Lagu (Wanita)
Ernie Zakri
Lagu: Sinar Mata Hati

Persembahan Vokal TerbaikDi Dalam Lagu (Berkumpulan)
V.E
Lagu: Tunggu

Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Shila Amzah and Liza Hanim
Lagu: Bahagiakan Dia

Video Muzik Terbaik
Pengarah: Chuan Looi
Video Muzik: Gatal
Artis: Janna Nick

Runut Bunyi (OST) Terbaik Di Dalam Filem atau Drama 
Bahagiakan Dia Shila Amzah & Liza Hanim
Komposer & Penulis Lirik: 
Aliff Iskandar & Que Afiq

Lagu Rock Terbaik
Tugu Ugut
Sekumpulan Orang Gila
Komposer: Nazrin
Penulis Lirik: Ajim Juxta

Lagu Pop Terbaik
Goodbye Hello
Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik:
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

Lagu R&B/Hip Hop Terbaik
CIAO
Joe Flizzow
Komposer: Joe Flizzow, MK, Jay Park, Magic Potions
Penulis Lirik: Joe Flizzow, Jay Park

Lagu Pop Elektronik atau Dance Terbaik
Fun, Lust, Love
Late Night Frequency
Komposer & Penulis Lirik: Moja LNF

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Game of Charades
Sophia Zuhri
Komposer & Penulis Lirik: Sophia Zuhri

Lagu Cina Tempatan Terbaik
Wu Ren Qian Shou De Xin Fu
Uriah
Komposer: Uriah, Jia Wang
Penulis Lirik: Hong Jian Rui

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang  Dipersembahkan Oleh Artis Luar Negara
Tak Ingin Usai
Keisya Levronka
Komposer & Penulis Lirik: Mario G. Klau

Lagu Nasyid Terbaik
Thank You Allah
Alyah ft. Cat Farish & Ustaz Haris
Komposer: Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K
Penulis Lirik:
Alyah, Ikhwan Fatanna, Omar K, 
Cat Farish, Ustaz Haris

Lagu Pop Etnik Terbaik
Adat Kasih
Ziha Salleh
Komposer: Aubrey Suwito
Penulis Lirik: Tinta

Album Terbaik
Penerbit: Wolfy
Album: Yonny (Deluxe Version)
Artis: Yonnyboii

Lagu Terbaik
Goodbye Hello
Syamel and Ernie Zakri
Komposer & Penulis Lirik: 
Ernie Zakri, Syamel, Faizal Tahir, Mike Chan

 

Oleh: Syahdeen